Akibat elak anjing, kereta sewa Socar dipandu pelajar nyaris masuk Tasik Putrajaya


  • 112
  • Khamis, 17 Mac 2022

KEADAAN kereta sewa jenis Toyota Vios yang nyaris terbabas ke dalam Tasik Putrajaya pada awal pagi Khamis. — Ihsan polis

AKIBAT mengelak anjing, kereta yang dipandu seorang pelajar nyaris terbabas ke dalam Tasik Putrajaya di Jalan Persiaran Tasik Cyberjaya di Cyberjaya pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, pemuda berusia 21 tahun yang memandu kereta Toyota Vios berwarna putih dipercayai hilang kawalan dan merempuh pokok serta pagar di kawasan.

"Pemandu telah mengelak anjing yang melintas secara tiba-tiba dari arah kanan jalan dan kemudian pemandu hilang kawalan dan terus terbabas ke kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta dipandunya merupakan kereta sewa syarikat Socar Mobility Malaysia (Socar).

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit juga memiliki lesen memandu yang sah dan pemandu tersebut telah menghubungi pihak Socar untuk menguruskan kenderaan itu agar ditunda ke cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram