Tiada diskaun 50 peratus ke Johor - Plus


  • Primer
  • Jumaat, 11 Mac 2022

PLUS menafikan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus, untuk mereka yang pulang mengundi pada PRN Johor.  — Bernama


PLUS Malaysia Berhad (Plus) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media mengenai pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus, untuk mereka yang pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Plus dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pihaknya memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat itu untuk mengelirukan orang ramai.

Syarikat konsesi lebuh raya itu turut menyatakan akan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu dan pihak yang terbabit.

Terdahulu, tular satu kenyataan memaklumkan diskaun sebanyak 50 peratus diberikan bermula pada 12 tengah malam 11 Mac bagi semua perjalanan menghala ke selatan tanah air sempena PRN Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Plus, PRN Johor, lebuh raya, mengundi, diskaun