Polis siasat video tular insiden pergaduhan ahli parti politik


  • 112
  • Isnin, 07 Mac 2022

TANGKAP layar video tular yang memaparkan pergaduhan antara beberapa individu daripada parti politik berbeza yang tular pada Ahad. — Facebook

POLIS sedang menyiasat video yang memaparkan pertengkaran membabitkan beberapa individu daripada parti politik berbeza yang tular pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pertengkaran itu berpunca daripada isu pemasangan bendera parti politik di sebuah perkampungan di Iskandar Puteri.

Menurutnya, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak terbabit.

"Namun begitu, siasatan telah mula dijalankan berhubung kejadian itu.

"Pihak polis juga menyeru individu ataupun saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membuat laporan bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Dzulkhairi menasihati semua individu dan parti yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya sentiasa mengawal tingkah laku dan emosi

“Kita tidak mahu sebarang kekecohan atau insiden berlaku yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna media sosial supaya tidak membuat spekulasi mengenai video tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram