Lima rumah kedai hangus terbakar di Kuantan


  • 112
  • Khamis, 03 Mac 2022

ANGGOTA bomba menjalankan usaha memadamkan kebakaran pada tengah malam Rabu. — Facebook

SEBANYAK lima rumah kedai musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang pada awal pagi Khamis.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, insiden itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Seramai 24 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Gebeng dan Indera Mahkota bersama tiga jentera, digerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah malam Khamis.

"Anggaran kemusnahan adalah 100 peratus dengan keseluruhan kawasan terlibat 6,000 kaki persegi. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan pada Khamis.

Tambah Ismail, kebakaran berkenaan dapat dikawal pada pukul 2.14 pagi sebelum operasi ditamatkan kira-kira empat jam selepas itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram