SENIMAN negara, Rahman B atau nama sebenarnya Abdul Rahman Abu Bakar disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Perkembangan itu diberitahu oleh Ahli Jawatankuasa Teater Malaysia, Ewan Deen menerusi menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.
Menurut Ewan, dirinya mendapat pengesahan itu melalui cucu Allahyarham, Husin melalui panggilan telefon pada pukul 6.10 petang Rabu.
Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.43 petang Rabu di Hospital Kuala Lumpur akibat pendarahan beku di paru-paru susulan serangan virus Covid 19.
"Jenazah hanya diuruskan oleh pihak hospital dan tidak dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Baru," katanya.
Allahyarham popular dengan drama Si Bongkok Tanjung Puteri, Meniti Ke Neraka, Istana Iman, Megat Panji Alam dan Buluh Rencung.
Malah, Allahyarham juga mewarisi seni bangsawan daripada bapanya, Abu Bakar Ismail atau Bakar M dan ibunya, Kasminah Taib yang lebih dikenali sebagai Minah B. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram