
ADIK Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rusli Ibrahim meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Selayang, Selangor pada Selasa.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi Twitternya pada Selasa.
"Adik saya Rusli Ibrahim baru sahaja menyahut panggilan Ilahi di Hospital Selayang sebentar tadi. Mohon teman-teman mendoakan rohnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa," katanya.
Difahamkan, Allahyarham Rusli meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira 2.20 petang selepas berada di Hospital Selayang sejak beberapa minggu lalu dan jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ubudiah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan sekitar Ampang pada malam Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram