21 jemaah umrah cedera bas terbabas di Kuala Krai


  • 112
  • Ahad, 27 Feb 2022

KESEMUA mangsa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai.— Sinar Harian

SERAMAI 21 jemaah umrah cedera ringan selepas bas dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kampung Manek Urai Baru di Kuala Krai, Kelantan pada Ahad.

Difahamkan dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai.

Bas persiaran itu dikatakan membawa 10 lelaki dan 11 wanita pulang dari umrah.

Mengikut perkongsian di laman sosial Facebook, semua penumpang dikatakan dari Kuala Krai, Pasir Puteh dan Kota Bharu yang akan turun di Hentian Peladang sebagai destinasi pertama.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bas, terbabas, umrah, kuala krai, jemaah