OKT meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat positif Covid-19


  • 112
  • Sabtu, 26 Feb 2022

USJKT JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kematian berkenaan.

TAHANAN lelaki warga Myanmar yang meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan awal pagi Sabtu disahkan adalah akibat jangkitan Covid-19.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki berkenaan ditahan pada Jumaat oleh anggota polis daripada Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Ujian awal mendapati lelaki berkenaan positif Covid-19 dan kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan.

"Lelaki itu ditempatkan di wad Covid-19 pada pukul 4 petang hari yang sama dan pada pukul 2.22 pagi hari ini (26 Februari) lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat virus berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kematian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram