KEMENTERIAN Pendidikan digesa mempertimbangkan untuk membenarkan sekolah masing-masing membuat keputusan sendiri sama ada mengadakan kelas secara fizikal atau menjalankan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin mencadangkan biar sekolah dan ibu bapa yang putuskan samada belajar secara fizikal atau PdPR memandangkan mereka yang ketahui cabaran tersendiri berhubung pandemik Covid-19 dan sambungan Internet.