KEJOHANAN Badminton Terbuka All England yang berlangsung di Birmingham, England yang berlangsung mulai 16 hingga 20 Mac, sekali lagi mempertaruhkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu.
Menurut kiriman seorang pembaca dikenali sebagai Datuk Wee Beng Gee, pelbagai komen dilontarkan tentang peluang pemain berusia 23 tahun itu untuk mempertahankan gelarannya.