Dua ditahan terlibat kes tetak di PPR Seri Alam 2


  • 112
  • Selasa, 22 Feb 2022

MANGSA didakwa ditikam bertubi-tubi oleh 13 orang individu.

DUA individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam 2, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sebelum itu telah mengesan satu posting tular yang menyatakan seorang pekerjanya terlibat dalam kes pergaduhan.

"Susulan itu, kita telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat di mana sebanyak dua orang berusia lingkungan 20 dan 24 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga 24 Februari depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 356 Kanun Keseksaan," katanya.

WhatsApp Image 2022-02-22 at 2.58.36 PM

TANGKAP layar ciapan Twitter dimuat naik lelaki yang juga merupakan majikan mangsa. — Twitter

Terdahulu, seorang lelaki menggunakan nama Thehulkey memuat naik status berkenaan pekerjanya yang ditetak dan diancam bunuh.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku pada Isnin itu, sebanyak 13 individu telah menetak bertubi-tubi seorang daripada pekerjanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram