Vaksinasi kanak-kanak: Jangan ambil sikap ‘tunggu dan lihat’ — KJ


  • Primer
  • Isnin, 21 Feb 2022

Seorang kanak-kanak dilihat tenang menerima suntikan vaksin Covid-19 oleh petugas kesihatan melalui program PICKids di Pusat Pemberian Vaksin Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. — Bernama

LEBIH sejuta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah didaftarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) memasuki minggu ketiga program, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, beliau dalam satu hantaran Twitter menegaskan, jumlah berkenaan hanya mewakili 28 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini.

Khairy berharap ibu bapa mendaftarkan anak mereka untuk program vaksinasi Covid-19 secepat mungkin, lebih-lebih lagi dengan kadar kemasukan kanak-kanak ke hospital yang semakin meningkat.

"Harap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebab kadar kemasukkan hospital kanak2 mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk #PICKids hari ini!," ciapnya pada Isnin.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggandakan usaha untuk mendekati komuniti yang mempunyai liputan vaksinasi rendah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram