Suspek utama kes pecah gudang di Ipoh ada rekod jenayah lampau


  • 112
  • Isnin, 21 Feb 2022

SUSPEK diberkas di sebuah rumah di Kampung Baru Tambun, Ipoh pada pukul 10 malam, Sabtu lepas. — Gambar Hiasan

SUSPEK utama kes pecah gudang dan mencuri peralatan pembinaan membabitkan kerugian bernilai RM800,000, di Ipoh, Perak pada Selasa telah diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek diberkas di sebuah rumah di Kampung Baru Tambun, Ipoh pada pukul 10 malam, Sabtu lepas.

"Suspek, 40 tahun, mempunyai rekod lampau atas pelbagai kesalahan. Suspek kini direman empat hari sehingga Rabu untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Rakan-rakan sejenayah lain sedang diburu. Dengan tertangkapnya suspek utama ini, beberapa kes jenayah harta benda di Ipoh telah berjaya diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dilapor, pada 17 Februari lepas, polis berjaya memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah gudang dan mencuri peralatan pembinaan bernilai RM800,000 di sebuah gudang di Bercham.

Mereka yang berumur antara 42 hingga 58 tahun, direman seminggu sehingga Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram