PENDUDUK Taman Buana Perdana kecewa dengan tindakan lambat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sehingga mengakibatkan jalan utama menuju ke kawasan kejiranan mereka dinaiki air sekali lagi.
Jalan PJS 3/25 sebahagiannya dinaiki air pada petang Isnin (21 Februari), berikutan hujan lebat yang menjejaskan beberapa kawasan di Petaling Jaya.
Ia merupakan jalan utama menuju ke Taman Sri Buana, kawasan perumahan berhampiran Taman Medan.
“Itu adalah kawasan kebiasaan banjir setiap kali hujan,” kata ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Buana Perdana, Roshen Raj.
“Jalan itu sebahagiannya dinaiki air apabila hujan bermula kira-kira jam 4 petang. Walaupun air banjir di jalan raya surut kira-kira sejam kemudian, longkang tetap penuh.
“Taman permainan kejiranan kami juga dinaiki air. Ia akan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk air surut kerana sistem perparitannya tersumbat dan taman permainan terletak di kawasan yang lebih rendah.” katanya.
Penduduk Taman Sri Buana percaya banjir kilat itu ada kaitan dengan perparitan yang tidak sempurna di tapak pembinaan di sepanjang Jalan Sri Manja, bertentangan dengan kawasan kediaman mereka.
“MBPJ tidak melakukan apa-apa sehingga kini walaupun mereka berjanji untuk menyelesaikan masalah itu, selepas lawatan Datuk Bandar PJ dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPJ akhir bulan lalu." kata Roshen.
Beliau berkata, penduduk turut mempersoalkan bagaimana MBPJ meluluskan projek pembinaan tanpa pelan tadahan air sebagai sebahagian daripada pembanguna di kawasan itu.
Taman Buana Perdana merupakan antara kawasan perumahan yang turut dilanda banjir besar pada Disember lalu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram