SEORANG pemilik bengkel motosikal maut akibat ditikam di bengkelnya dalam kejadian di Titi Serong, Kerian, Perak pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa dipercayai berusia 43 tahun dikatakan mengalami kecederaan parah akibat terkena tikaman.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Parit Buntar.
Kejadian itu tular selepas laman Facebook Viral Perak dan Kerian Info Channel berkongsi gambar dan maklumat kejadian berkenaan pada Isnin.
Maklumat lanjut mengenai kejadian bagaimanapun tidak diperoleh.
Majoriti sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram