MALAYSIA mencatatkan 26,832 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menurun berbanding 28,825 kes yang dicatatkan pada Sabtu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 3,221,689 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Ahad adalah sebanyak 18,459 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,937,655 kes.
Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Ahad, Noor Hisham berkata, 26,764 kes adalah jangkitan tempatan manakala 68 merupakan kes import.
"Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 26,699 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 133 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.
Tambah beliau, sehingga 20 Februari 2022, seramai 261 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Daripada jumlah itu, 139 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.
Menurut data Kementerian Kesihatan di portal CovidNow, terdapat 37 kematian Covid-19 pada Ahad, dengan 10 dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti pada Ahad, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 500.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram