SEORANG lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran bilik tidur di sebuah rumah di Kampung Changkat Damai, Gombak, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi, mangsa Mohamad Fairuz Mohamad Anbor, 44, berada bersama ibu serta dua adiknya di dalam rumah didiami mereka.
"Insiden kebakaran itu dimaklumkan adik mangsa kepada pihak bomba sebelum anggota bomba bergegas bagi melakukan pemadaman. Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram