Padah 'langsi' potong barisan, pemandu wanita di Kuala Selangor dapat 'surat cinta'


  • 112
  • Isnin, 14 Feb 2022

SEBUAH kereta didapati memotong barisan secara berbahaya di Kilometer 46 Jalan Klang-Teluk Intan pada Sabtu. — Facebook

POLIS menyaman seorang pemandu wanita Proton Saga yang memotong barisan secara berbahaya di Kilometer 46 Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, sebelum tular di Facebook pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, polis berjaya mengesan wanita dan kenderaan terlibat.

Menurutnya, wanita terbabit kemudian tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

RAKAMAN video tular sebuah kereta memotong barisan secara berbahaya di Kuala Selangor pada Sabtu. — Facebook

"Pemandu kereta ini telah hadir ke IPD Kuala Selangor pada jam 9 pagi Ahad untuk tindakan lanjut.

"Tindakan saman sudah diambil mengikut Kaedah 6(1)A LN166/59," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Justeru katanya, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya lebih bersabar dalam pemanduan.

"Kita berharap pemandu lebih bersikap timbang rasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 0.36 saat sebuah kereta didapati memandu secara berbahaya dan memotong barisan di lampu isyarat di sini pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram