
KEMUNCULAN produk kosmetik tiruan di pasaran tempatan dilihat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan situasi ini sudah tentu membahayakan pengguna.
Ini kerana, penggunaan produk tiruan atau kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal mampu mengancam nyawa serta memberi kemudaratan kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang.
Lebih membimbangkan bahan-bahan terlarang seperti hidrokuinon, merkuri dan tretinoin antara yang dikesan paling banyak terdapat dalam produk timbang kilo di pasaran ketika ini.
Atas dasar tanggungjawab, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin mengingatkan pengguna tempatan supaya berhati-hati ketika membuat pilihan terhadap produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan perubahan dengan pantas atau 'sekelip mata'.
"Setiap produk kecantikan perlu diproses di kilang yang mempunyai kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Kementerian Kesihatan (KKM) serta lulus ujian makmal sebelum dipasarkan kepada pengguna.
"Saya berasa amat kecewa dan terkilan apabila masih ramai lagi pengguna yang masih mendapatkan produk kosmetik tiruan di pasaran yang dicemari kotoran dan berbahaya untuk kesihatan.
"Bahan produk kosmetik timbang kilo ini kebiasaannya tidak mengutamakan kebersihan serta mengandungi campuran bahan meragukan serta dihasilkan tanpa penyelidikan dan analisis makmal.
"Disebabkan itu, ramai pengguna yang mengadu wajah mereka mengalami kegatalan, kulit makin berjerawat, menggelupas, kulit terbakar, melepuh dan muncul tompok hitam jeragat,” katanya kepada Majoriti.
KERJASAMA Charms dan UTHM juga selaras dengan saranan kerajaan untuk melahirkan tenaga mahir mencukupi.
Nur Bashirah berkata, kandungan merkuri dan tretinoin yang tidak terkawal dalam produk kosmetik timbang kilo bakal memberi risiko tinggi kepada pengguna apabila berdepan masalah seperti ruam dan iritasi pada kulit, juga penyakit kronik seperti buah pinggang dan kerosakan saraf.
Menyedari masalah yang semakin membelenggu pengguna tempatan terutama kaum wanita yang sinonim dengan kecantikan, Charms bekerjasama dengan Pusat Penyelidkan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menjalankan kajian analisa produk mengenai antipenuaan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk jenama itu.
Menurutnya, kajian dan analisa produk yang menelan kos lebih RM50,000 itu akan mengambil masa selama enam bulan sejak November lalu sebelum keputusan ujian dikeluarkan.
"Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
"Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.
"Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan kerajaan untuk melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.
"Pihak Charms berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan ke arah industri pengusaha produk yang lebih baik," katanya.
Charms adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik, selamat digunakan serta efektif.
Produk Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut syarak serta mendapat pengiktirafan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bernotifikasi daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Charms mula diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Charms www.charms.my atau boleh ikuti media sosial Facebook dan Instagram di @charmscosmeticskincare serta hotline di talian 013-3135096. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram