STATUS pengimportand lembu hidup dari Thailand masih belum dimuktamadkan dan perkara itu akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor.
Menurut beliau, Jabatan Vaterinar kini dalam usaha untuk dengan pihak berkuasa veterinar (DLD) Thailand untuk memuktamadkan rundingan teknikal pengimportan lembu hidup dari Thailand ke Malaysia.
"Kita akan selesaikan perkara tersebut (import lembu) dalam masa terdekat.
"Kita sentiasa berhubung dengan pihak Thailand dalam usaha memuktamadkan rundingan untuk membawa masuk lembu hidup ke negara ini,:" katanya kepada Majoriti tanpa memberi tempoh spesifik.
Terdahulu, Noorlizan dilaporkan berkata, pengimportan semula lembu dari Thailand ke Malaysia dijangka bermula Februari ini.
Menurutnya, pada dua minggu pertama Januari, pihaknya sedang memuktamadkan sijil veterinar yang akan dikeluarkan Thailand, susulan penambahan syarat-syarat import yang dipersetujui bersama pihak berkuasa dari kedua-dua negara.
Persetujuan itu dilakukan susulan beberapa laporan mengenai ternakan dalam stesen kuarantin yang mempunyai simptom-simptom penyakit kulit kental atau Lumpy Skin Disease (LSD) pada April tahun lalu.
Dalam pada itu, penternak lembu tempatan juga menggesa kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar supaya menyegerakan pengimportan semula lembu dari Thailand.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Naim Beef, Muhamad Raziz Rahim berkata, jika berlaku kelewatan pengimportan lembu dari Thailand itu, ia akan menganggu dari segi faktor harga dan kekurangan sumber ternakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram