Muhyiddin positif Covid-19


  • Primer
  • Rabu, 09 Feb 2022

MUHYIDDIN hanya mengalami gejala ringan. — Bernama

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 pada Rabu selepas melakukan ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Perkara itu disampaikan menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya pada Rabu.

"Alhamdullilah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.

"Mengikut protokol Kementerian Kesihatan (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah," ujarnya.

Beliau turut menasihati mana-mana individu yang berkemungkinan menjadi kontak rapatnya agar mematuhi protokol ditetapkan oleh KKM.

Muhyiddin turut meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan beliau dan keluarganya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram