Ketetapan dasar anti lompat parti, had jawatan PM dibentang


  • Politik
  • Rabu, 09 Feb 2022

WAN JUNAIDI berkata, peruntukan itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan wakil-wakil rakyat dan Senator Dewan Negara.

KETETAPAN dasar mengenai peruntukan Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri telah dibentangkan kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dasar tersebut dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Transformasi dan Kestabilan Politik pada 25 Januari lepas."Sesi libat urus bersama Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan (Ahli) Dewan Negara mengenai peruntukan tersebut diadakan pada Selasa dan Rabu di Parlimen."Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan wakil-wakil rakyat dan Senator Dewan Negara mengenai cadangan peruntukan itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Wan Junaidi berkata, beliau bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua parti komponen dan ketua parti bagi mendapatkan persetujuan berkaitan dasar dan perundangan yang dicadangkan.Beliau berkata, cadangan mengenai peruntukan itu juga akan dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik yang dipengerusikan bersama wakil kerajaan dan pembangkang setelah dimurnikan dan dimuktamadkan dengan semua pihak berkepentingan.Wan Junaidi memaklumkan beliau yakin kedua-dua sesi itu dan sesi-sesi akan datang dapat memberikan penerangan dan maklumat secukupnya kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengenai cadangan tersebut."Pada masa sama, selain pengukuhan inisiatif dwipartisan, ia juga dapat memastikan cadangan peruntukan ini akan disokong dan dipersetujui di Parlimen kelak,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Langgan Majoriti hari ini

Dapatkan akses penuh untuk membaca artikel berinformasi yang berlaku sekitar anda dan luar negara. Hanya di Majoriti, refleksi tanpa prejudis.

Jika sudah melanggan