POLIS memberi amaran kepada sindiket perjudian dalam talian supaya tidak menggunakan nama pegawai kanan anggota penguatkuasa untuk menjalankan operasi haram mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, antara 24 Januari dan 2 Februari, polis menjalankan 826 serbuan terhadap sindiket perjudian dalam talian.