Tukar maklumat kad pengenalan: Muhammad Sajjad dikehendaki polis


  • 112
  • Selasa, 08 Feb 2022

SAJAT merupakan saksi dalam perbicaraan kes menukar maklumat kad pengenalan di Mahkamah Ampang Jaya, Selangor. — The Star

MUHAMMAD Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai 'Sajat' dikehendaki polis bagi membantu siasatan satu kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Selasa, Muhammad Sajjad yang merupakan saksi dalam perbicaraan kes tipu itu di Mahkamah Ampang Jaya, Selangor perlu hadir pada prosiding itu pada 22 Febuari 2022.

"Saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mastura Abdul Basher di talian 018-2053955," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Muhammad Sajjad diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada Jun 2021, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sajat, kad pengenalan, penipuan, mahkamah, tipu,