SEORANG pegawai polis digelar sebagai wira apabila dia menyelamatkan nyawa seorang pelajar daripada dilanggar sebuah kereta ketika sedang berjalan melalui laluan lintasan penjalan kaki.
Anggota terbabit, Annette Goodyear sedang menjaga laluan lintasan penjalan kaki tersebut yang terletak di kawasan Sekolah Menengah North East, di North East, Maryland, pada 4 Februari lalu.
Sebuah kereta yang menghampiri kawasan terbabit gagal untuk berhenti seterusnya meluru laju ke arah pelajar yang sedang menyeberang jalan tersebut.
Goodyear, apabila menyedari keadaan itu kemudiannya menolak pelajar terbabit sebelum dia sendiri dilanggar oleh kereta tersebut.
Akibat kecederaannya, Goodyear terpaksa mendapatkan rawatan di hospital sebelum dibenarkan keluar.
Dr. Jeffrey Lawson, superintenden daerah sekolah terbabit, memuji tindakan pegawai polis itu dan mengangkatnya sebagai "wira" dalam Twitternya,
Video kejadian itu dirakam kamera sebuah bas sekolah, dan kemudiannya disiarkan ke Facebook Cecil County Public Schools. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram