Sempadan negara dibuka semula Mac


  • Primer
  • Selasa, 08 Feb 2022

MUHYIDDIN ketika mempengerusikan mesyuarat MPN pada Selasa. — The Star

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan supaya sempadan antarabangsa bagi negara dibuka sepenuhnya pada awal bulan depan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis itu pada Selasa.

"Majlis bersetuju sempadan negara boleh dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022, tanpa memerlukan kuarantin mandatori.

"Pembukaan semula sempadan negara mesti dilakukan secara terancang dan mengikut penilaian risiko semasa," katanya. — The Star

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram