Lebih 130 Pati ditangkap sejak Januari — Polis Kelantan


  • 112
  • Khamis, 03 Feb 2022

POLIS juga sedang mengetatkan kawalan di sempadan negara untuk menghalang kemasukan Pati.

POLIS Kelantan berjaya menangkap lebih 130 pendatang asing tanpa izin (Pati) sejak Januari lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), anggota tugas Am termasuk Jabatan Siasatan Jenayah turut menahan pemandu dipercayai menjadi ‘transporter’ kepada sindiket membawa pendatang asing ke negeri ini.

"Mereka (pendatang asing) mempunyai peluang bergiat aktif susulan Kelantan telah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan tiada kebenaran surat diperlukan dan sebagainya, namun pihak kami telah meningkatkan kawalan terutamanya di kawasan sempadan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi tali barut dalam sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ketua Polis Kelantan, PATI, sebulan, tekong, PPN