Dilanda banjir, penduduk Kampung Kanibongan, Pitas dakwa bantuan tak sampai


  • Massa
  • Selasa, 08 Feb 2022

SETAKAT jam 8 malam Selasa, media melaporkan jumlah mangsa banjir di Pitas meningkat kepada 386 orang daripada 117 keluarga, berbanding 313 orang daripada 96 keluarga petang Isnin. — Facebook Safiah Song Esong

KEJADIAN banjir yang menimpa Kampung Kanibongan, Pitas, Sabah sejak Ahad lalu merisaukan penduduk kampung berkenaan susulan ada penduduk yang mendakwa tidak mendapat bantuan secukupnya.

Pengguna Facebook, Fazilah Jimlin di hantarannya pada Selasa mengadu bahawa terdapat beberapa kawasan di kampung berkenaan tidak menerima bantuan terutamanya di kawasan-kawasan terpencil.

VIDEO rakaman keadaan banjir di Kampung Kanibongan, Pitas, Sabah

"Tujuan kongsikan berita ini supaya sampai kepada pihak-pihak berkenaan dengan kemampuan dan kelengkapan untuk turun padang.

"Ada bantuan tapi tidak semua sampai. Dan semestinya bekalan makanan, pakaian, keperluan asasnya lainnya sangat diperlukan sekarang dan barang setelah surutnya banjir. Serupa macam di Penampang hari itu. Jadi mana-mana pihak berwajib mohon beri bantuan,

"Mereka yang terkandas di bahagian tinggi juga pasti memerlukan bekalan " dakwanya.

Fazilah juga memberitahu, selain memohon bantuan, niatnya membuat hantaran itu kerana melalui media sosial sahaja dia boleh mengetahui perkembangan mengenai keluarganya di sana.

"Tujuan post salah satunya memang mahu tahu perkembangan sebab saya tidak dapat hubungi ibu saya dan adik sebab bekalan elektrik dan line putus sehingga petang tadi. Syukur mereka balas dan tiada apa-apa juga," katanya.

Setakat jam 8 malam Selasa, media melaporkan jumlah mangsa banjir di Pitas meningkat kepada 386 orang daripada 117 keluarga, berbanding 313 orang daripada 96 keluarga petang Isnin.

Dalam pada itu, warganet di hantaran itu juga sempat mengecam menteri negeri itu yang seakan tidak berfungsi ketika rakyatnya dilanda musibah.

"Yang Berhormat tengah makan angin, datang juga itu mereka. Mereka kata dekat-dekat pilihan raya sebab takut hilang kuasa," kata pengguna Facebook, Latip Hussin.

"Tunggu pilihan raya itu baru sampai mana-mana tempat yang terpencil. Kalau ada bencana memang tiada yang peduli," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Winnie Ong. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

banjir, Kanibongan, Pitas, Sabah, penduduk, bantuan