Wanita hamil antara korban nahas bas jatuh gaung


  • Benua
  • Selasa, 28 Dis 2021

PETUGAS keselamatan melakukan operasi menyelamat mangsa nahas bas jatuh gaung di perbandaran San Luis, Colombia. — Agensi

SEORANG wanita yang sedang sarat mengandung antara tujuh mangsa yang maut selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di jalan perhubungan antara Medellin dan Bogoto di perbandaran San Luis, Colombia dalam kejadian pada Isnin.

Laporan pihak berkuasa memaklumkan, sebanyak 28 lagi mangsa terselamat namun mengalami kecederaan dengan lapan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Komander polis trafik dan lebuh raya Antioquia, Jaime Ramirez berkata rangkaian kecemasan hospital diaktifkan serta-merta dan anggota bomba mula bertindak menyelamatkan mangsa kemalangan.

"Bas dari Bogota itu dalam perjalanan menuju ke perbandaran Monitos di jabatan Caribbean di Cordoba," menurut laporan liputan6.com.

Datuk Bandar San Luis Henry Suarez berkata, 22 mangsa yang cedera dibawa ke pusat perubatan di bandar itu dan enam lagi ditempatkan di pusat rawatan perbandaran berdekatan Puerto Triunfo.

Suarez berkata tiada maklumat jelas berhubung punca kemalangan, dan siasatan masih dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bas, jatuh gaung, wanita hamil, maut, Colombia,