SEORANG pengawal keselamatan dekat sebuah kilang di Alor Gajah, Melaka membuat panggilan kecemasan, selepas dia menemui sarang lebah di dalam topi keledar keselamatannya.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Alor Gajah, Leftenan Abdul Hadi Baharom berkata, ketika kejadian, pengawal keselamatan itu mahu pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal pada 4.25 petang Sabtu apabila dia melihat segerombolan lebah di dalam topi keledarnya.
"Pengawal keselamatan telah meletakkan motosikalnya di kilang pada waktu pagi," katanya.
Abdul Hadi berkata, empat anggota APM dikerahkan ke tempat kejadian dan menyedut lebah daripada topi keledar tersebut.
"Operasi selesai pada jam 5.15 petang. Sebelum ini, kami mempunyai kes berkaitan sarang lebah di atas pokok dan siling rumah, tetapi ini pertama kali kami menangani kes pelik seperti itu," tambah Abdul Hadi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram