SEKURANG-KURANGNYA 33 ekor ular tedung ditemui bersembunyi di bawah timbunan jubin dan di sekitar kawasan sekolah yang terletak di Klaten, Jawa Tengah, Indonesia pada Sabtu.
Wakil dari Relawan Tindak Balas Pantas (RCTD), Parno berkata, proses pemindahan semua ular tedung itu dilakukan oleh pasukan RCTD dari pukul 10 pagi hingga 1.30 petang (waktu Indonesia).
Tambah anggota RCTD, Mardiyono, pihaknya pada mulanya menerima laporan daripada salah seorang guru di sekolah rendah berkenaan.
"Kami menerima laporan daripada guru pada sebelah pagi. Kami terus datang ke lokasi selepas menerima laporan itu," kata Mardiyono.
Menurut agensi Detiknews, pasukan itu menemui longgokan yang dipercayai sebagai sarang dan sebanyak 20 ekor ular ditemui.
"Ada yang ditemui berselerak di halaman kompleks. Lagi 20 ekor ular ditemui dalam sarang mereka di bawah timbunan jubin," sambung Mardiyono.
Mardiyono berkata, ular yang ditemui berbeza saiz, ada yang bersaiz dewasa dan ada yang sebesar ibu jari.
"Kebanyakan yang ditemui adalah sebesar ibu jari, kira-kira 30 sentimeter panjang. Kami tidak membunuh ular itu tetapi kami memastikan mereka selamat," jelas Mardiyono.
Dalam pada itu, pengetua sekolah tersebut, Sulistyadi berkata, ibu ular tedung dan 32 ekor lagi dipercayai anak ular terbabit telah dipindahkan dari sekolah berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram