BERANG kerana dikatakan ditegur tidak memakai pelitup muka, seorang lelaki didakwa mengamuk lalu merosakkan barangan di sebuah kedai di Ipoh, Perak pada Jumaat.
Beberapa video serta gambar kejadian yang didakwa berlaku di Bercham itu kini tular di media sosial.
Dalam video pertama, kelihatan seorang lelaki memakai baju berwarna biru serta berseluar pendek berjalan sambil memegang sebatang kayu.
Turut kedengaran adalah bunyi seperti kaca sedang dipecahkan.
Antara kerosakan yang didakwa dilakukan suspek.
Dalam sebuah video lagi sepanjang 50 saat yang tular itu, kelihatan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki dipercayai suspek yang melakukan kekecohan tersebut.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut turut didengari menyebut "padan muka" kepada individu terbabit.
Menurut laporan, individu terbabit telah berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai.
Video kejadian tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook, B'fx Temmy Ho.
Majoriti sedang dalam usaha untuk mendapatkan pengesahan serta maklumat tambahan daripada Polis Perak berhubung insiden itu.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram