Turun sedikit, negara rekod 4,915 kes baharu Covid-19


  • Primer
  • Ahad, 30 Jan 2022

ORANG ramai tiba di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi memulakan sesi kuarantin mereka. — The Star

MALAYSIA merekodkan 4,915 kes jangkitan baharu Covid-19 pada Ahad, mencatatkan sedikit penurunan berbanding 5,139 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka semasa itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 2,865,984 kes sejak wabak itu bermula.

Beliau berkata, sebanyak 99.2 peratus atau 4,876 kes daripada 4,915 kes yang dilaporkan terdiri daripada kategori satu dan dua, manakala 0.8 peratus atau 39 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

"Daripada 4,915 kes, sebanyak 188 adalah kes import dan 4,727 kes tempatan, manakala yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 120 kes dan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 3,056 kes sembuh dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini sebanyak 2,780,771 kes.

Tambahnya, sebanyak 14 kluster baharu direkodkan, 301 lagi masih aktif, manakala 6,112 kluster telah tamat.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster dikesan setakat ini sebanyak 6,413," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KKM, kes baharu, Covid-19