KEJADIAN tanah runtuh di Lestari Perdana di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor pada Selasa lalu menyebabkan lima kenderaan rosak disifatkan sebagai malapetaka yang sudah dijangka.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kejadian sama juga sudah berlaku lima tahun yang lalu dan pihak berkuasa sepatutnya memberi perhatian serius untuk mengelak kejadian sama berulang.