Lagi kes buli pelajar junior, lima remaja ditahan di Muar


  • 112
  • Rabu, 15 Dis 2021

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip.

LIMA remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di sekitar Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan daerah ini, disyaki terlibat dalam kes buli seorang pelajar sekolah menengah di Daerah Muar, Johor Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kelima mereka ditahan pada Rabu di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan Daerah Johor Bahru.

Beliau berkata, pada Selasa pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di Daerah Muar, dibuli pelajar-pelajar senior di sekolahnya

"Ekoran dari kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri dan telah menerima rawatan di hospital.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari beberapa pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya menyebabkan mereka dibuli," kata beliau dalam satu kenyataan malam Rabu.

Kesemua remaja berkenaan akan direman di mahkamah, di Muar pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

"Polis memandangkan serius terhadap kes-kes jenayah melibatkan pelajar khususnya kes buli di sekolah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat," kata Zaharudin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

buli, muar, zaharudin rasip