1,157 pemandu mabuk ditahan di Kuala Lumpur


  • 112
  • Ahad, 30 Jan 2022

KESEMUA mereka ditahan dalam pelbagai operasi yang dilakukan pada 2021. — Facebook

POLIS menahan seramai 1,558 individu atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menunggang motosikal secara berbahaya menerusi pelbagai operasi yang diadakan di sekitar ibu negara pada 2021.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkatam pemandu mabuk mencatatkan kesalahan tertinggi dengan 1,157 kes direkodkan dan disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, bagi kesalahan memandu secara berbahaya pula, seramai 287 individu telah ditahan dan diambil tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sementara itu, kesalahan mempamerkan nombor plat pendaftaran palsu dan disyaki mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram masing-masing mencatatkan empat dan lima kes,” katanya pada Sabtu.

Zulkafli berkata, dalam Op Selamat tahun ini bermula 1 Januari hingga Sabtu, seramai 235 individu telah ditahan bagi pelbagai kesalahan trafik dengan tangkapan tertinggi juga membabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol iaitu seramai 192 individu, manakala memandu secara berbahaya seramai 34 individu ditahan.

Sementara itu, katanya dalam operasi yang dilakukan pada Sabtu di tiga lokasi di sekitar Kuala Lumpur, sebanyak 189 saman dikeluarkan dengan tiga pemandu mabuk ditahan dan tujuh motosikal disita.

Beliau berkata, dalam Op Selamat kali ini pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi dan fokus terhadap pemandu mabuk dan penunggang motosikal bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya terutama ketika musim perayaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

trafik, kesalahan, JSPT, saman, pemandu mabuk