Gara-gara anjing mati dan ayah dipukul, lelaki mengamuk pecahkan Mazda di Taiping


  • Tular
  • Khamis, 27 Jan 2022

TANGKAP layar rakaman pergaduhan di antara kedua-dua pihak terbabit yang tular di laman sosial.

ANGKARA terlalu dendam dan marah, seorang lelaki dipercayai tergamak memecahkan sebuah kereta Mazda di sebuah taman perumahan di Taiping Perak dengan sebuah batang kayu.

Menerusi video tular yang berdurasi 1 minit 37 saat itu, lelaki berkenaan bertindak sedemikian didakwa kerana ayahnya telah dipukul oleh pemilik kereta Mazda itu.

HANTARAN video pergaduhan dari laman Facebook Taiping Zone

Sebelum kejadian pergaduhan itu berlaku, ayah kepada lelaki itu difahamkan sedang bersiar-siar bersama anjing peliharaannya dan wanita yang didakwa memukul ayah lelaki itu juga dikatakan melanggar anjing peliharaan mereka sehingga mati di tempat kejadian.

Yang lebih membawa amarah lelaki itu, wanita berkenaan berkata 'anjing saja yang mati, jadi tidak payah bising-bising. Perkara boleh bincang'.

Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa pemilik anjing peliharaan itu sering membawa anjing menaiki motor dan pemilik itu tidak memerhati sebaiknya anjing sehingga anjing itu berlari-lari di kawasan kereta lalu-lalang.

"Pemilik anjing ini suka bawa anjing dia naik motor ronda-ronda. Selepas itu, anjing dia suka lompat lari merata. Kereta turun dari Kondominium Crytal Creek, bukit ada selekoh bahaya sikit kadang-kadang terpaksa break mengejut. Dah banyak kali dah kena dengan pemilik anjing ini. Nasib tidak kemalangan. Tidak usah salahkan orang lain kalau orang terlanggar, pemilik yang suka bahayakan anjing sendiri. Aku sudah berapa kali turun nak pergi kerja hampir kemalangan dengan anjing dia ni," dakwa pengguna Facebook, Wanie Razwani.

Warganet di Facebook turut menyarankan agar kedua pihak berkenaan untuk membawa perkara itu kepada pihak polis untuk menyelesaikan bersama secara baik.

"Apa pun masalah dan apa yang berlaku seeloknya bawa berbincang tidak perlu gaduh-gaduh. Jangan ikut perasaan akhirnya meyesal. Anggap yang baik-baik mesti semuanya okay," kata pengguna Facebook, Azhari Khalit Mat Rie.

"Tindakan yang kurang bijak dari anak pakcik itu, sepatutnya bawa bapa dia ke balai buat laporan dan hospital untuk laporan perubatan," kata seorang lagi pengguna Facebook, Mohd Jefri Hj Ali.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gaduh, anjing, ayah, anak, Taiping, Perak, kemalangan