SAKSI kejadian insiden tanah runtuh di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor mendakwa ternampak keretakan pada permukaan jalan kira-kira satu jam sebelum kejadian itu berlaku.
Saksi itu, Alter Jastan, 39, berkata, penduduk kawasan itu hanya sempat mengalihkan 10 buah kereta manakala tiga lagi kereta tidak dapat diselamatkan.