WARGANET di laman media sosial Twitter persoal ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengenai penggunaan wang tabung sumbangan masjid ekoran terdapat pihak yang mendakwa gaji petugas pembersihan masjid masih mengharapkan derma dari orang ramai.
"Tabung sumbangan masjid di kampung ada dana sumbangan orang awam sampai RM60 ribu tapi nak bayar gaji tok siak (petugas pembersihan) bertugas yang bersihkan masjid sampai minta derma dari jemaah masjid yang lain? Biar betul?.
"Tak faham sebenarnya apa keperluan AJK yg diamanahkan untuk jaga masjid ini kumpul sampai berpuluh ribu tapi bila nak bayar gaji/elaun tok siak minta lagi derma dari jemaah masjid dan paling sadis guna ayat 'kalau kata tak cukup sumbangan tu maka terpaksalah kami guna duit tabung'," katanya pengguna Twitter, Muhammad Syarafi.
TANGKAP layar ciapan dari Muhammad Syarafi
Muhammad Syarafi juga mempersoal mengapa AJK masjid yang diamanahkan terlalu takut untuk menggunakan tabung masjid itu dan gunakan duit itu untuk perkara yang lebih bermanfaat untuk masjid.
Perbahasan itu terjadi susulan sebuah video tular yang menunjukkan Masjid Al Busyra Merbok, Kedah dipenuhi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang solat musafir, mesin layan diri, tukang kebun, tempat cuci kereta dan pelbagai lagi.
VIDEO tular Masjid Al Busyra Merbok
Dalam pada itu, warganet lain turut senada dengan Muhammad Syarafi yang mana mempersoalkan kegunaan wang tabungan masjid itu dan mereka turut mencadangkan agar AJK masjid menyatakan segala perbelanjaan untuk duit itu.
"Kadang aku tidak suka masjid tidak berbincang dulu apa nak beli. Tahu-tahu sudah beli baru dan umum dalam group AJK sahaja. Setiap minggu nyatakan apa yang dibeli di papan kenyataan kan bagus. Duit orang ramai. Duit kau boleh lah rahsiakan. Ni masjid untuk orang ramai. Bantulah surau-surau kariah masjid jugak, " kata pengguna Twitter, Azmir_Azrik.
"Orang infak duit dekat masjid untuk guna. Orang yang infak dapat lah pahala. Ni bila nak mengalir pahala kalau duit tu disimpan. Bukan nak bayar tok siak je, aku boleh kata asal nak buat benda saja, kumpul derma asing-asing dan bil elektrik pun lain dermanya," luah pengguna Twitter, HnfR19.
"Sumbangan masjid ini dia banyak pecahan. Mungkin sumbangan pembangunan dia tinggi tapi dia tak boleh pakai untuk bayar upah. Lagi satu masalah AJK sayang duit masjid macam duit tu duit mereka," kata Abu Bakar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram