PM mahu penjelasan isu kenaikan harga barang


  • Primer
  • Isnin, 24 Jan 2022

ISMAIL Sabri mahu kenaikan harga barang ditangani segera. — The Star

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu kenaikan harga barang daripada kementerian-kementerian berkaitan.

Menerusi catatan di laman Facebook, Ismail Sabri berkata, kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.

Terdahulu, sebuah Akhbar pada Isnin melaporkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menjangkakan semua barang akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Presiden DPMM, Abd Halim Husin berkata, kenaikan harga barang itu didorong oleh lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang, Disember 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram