RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$116.2 bilion setakat 14 Januari lalu.
Bank pusat dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$102.6 bilion), kedudukan rizab IMF (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$6.0 bilion), emas (US$2.3 bilion), dan aset rizab lain (US$3.9 bilion).
Aset pula terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM484.17 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM875.33 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.87 billion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset lain (RM21.30 bilion).
Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM182.21 bilion), mata wang dalam edaran (RM153.10 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM145.40 bilion), deposit kerajaan persekutuan ((RM17.29 bilion), deposit lain (RM6.10 bilion), kertas Bank Negara (RM7.28 bilion), peruntukan SDR (RM28.15 bilion) dan liabiliti lain (RM5.96 bilion). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram