KES harian Covid-19 negara menurun sedikit apabila merekodkan 3,856 kes baharu pada Ahad, berbanding 4,116 kes yang dicatatkan pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 2,832,845 kes setakat ini.
Beliau berkata, sebanyak 2,814 kes sembuh baharu direkodkan pada Ahad, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,755,933.
"Sebanyak 143 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 53 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 kluster baharu dikesan, 235 kluster masih aktif, manakala 6,071 kluster telah tamat.
"Ini menjadikan jumlah kluster keseluruhan setakat ini sebanyak 6,306," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram