Malaysia rekod 4,116 kes baharu Covid-19 pada Sabtu


  • Primer
  • Sabtu, 22 Jan 2022

KES harian Covid-19 terus meningkat pada Sabtu. — Gambar hiasan

KES harian baharu Covid-19 negara apabila merekodkan 4,116 kes baharu pada Sabtu berbanding 4,046 kes yang dicatatkan pada Jumaat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di media sosialnya, angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia kepada 2,829,089 kes setakat ini.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 2,858 kes sembuh baharu direkodkan pada Sabtu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,753,119.

Selain itu, sebanyak 141 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 62 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak sembilan kluster baharu dicatatkan pada Sabtu dan jumlah kluster mencecah 6,293. Daripada jumlah berkenaan, hanya 225 kluster masih aktif.

Tambah kenyataan tersebut, daripada 4,416 kes yang dilaporkan pada Sabtu, sebanyak 39 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 4,077 kes (99.1 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram