Kes baharu Covid-19 kembali lepasi angka 4,000


  • Primer
  • Jumaat, 21 Jan 2022

MAKLUMAT terperinci berkaitan Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW. —The Star

MALAYSIA mencatatkan 4,046 kes baharu Covid-19 pada Jumaat, menaik sedikit berbanding 3,764 kes yang dicatatkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,824,973 kes setakat ini.

Beliau berkata, kes sembuh baharu direkodkan pada Jumaat adalah sebanyak 2,804, sekali gus menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 2,750,261.

Tambahnya, sebanyak 12 kluster baharu dikesan, 220 kluster masih aktif manakala 6,064 kluster tamat.

"Ini menjadikan jumlah kluster keseluruhan setakat ini sebanyak 6,284," katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 149 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 71 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, maklumat terperinci berkaitan Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW akan dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram