AKTIVIS Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.
Difahamkan, Allahyarham Abang Ali terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Pagoh, Johor.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh pengerusi persatuan berkenaan, Yusuf Azmi dalam hantaran di Facebook pagi Sabtu.
Yusuf turut memaklumkan dia dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut jenazah Allahyarham.
"Mohon maaf, saya tidak jawab sebarang panggilan telefon.
"Saya, Yusuf Azmi mohon doa saudara-saudar semua bermurah hati sedekahkanlah surah al-Fatihah buat Allahyarham Ali Salimin," ujarnya.
Allahyarham sewaktu hayatnya bergiat aktif dalam menjalankan kerja aktivis bersama persatuan tersebut dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram