Dollah Salleh terlibat kemalangan, kereta masuk gaung


  • 112
  • Selasa, 18 Jan 2022

KEADAAN kenderaan yang dinaiki Dollah bersama keluarganya (kiri). Gambar kanan menunjukkan Dollah (berdiri) melihat keadaan keluarganya.

PENGURUS Sri Pahang FC, Dollah Salleh nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki bersama keluargannya terbabas ke gaung di laluan Juasseh-Kapitan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam Isnin.

Menurut maklumat yang tersebar di media sosial, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam.

Insiden itu dipercayai berpunca akibat kenderaan yang dipandu Dollah hilang kawalan dan jurulatih berusia 57 tahun itu cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Isteri dan anaknya apabila turut dilaporkan mengalami kecederaan ringan kesan daripada kemalangan terbabit.

Sementara itu, gambar dan keadaan bekas pengendali Harimau Malaya itu terbabit dengan kemalangan tular di media sosial.

Menerusi gambar terbabit kelihatan Dollah dan ahli keluarga dalam keadaan selamat sebelum mereka dibawa ke hospital menggunakan ambulan.

Malah, tindakan pantas orang ramai termasuk penduduk kampung berhampiran menghulurkan bantuan awal menyelamatkan mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, kemungkinan Dollah dan keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang, sebelum terbabit dalam kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Dollah Salleh, kemalangan, Sri Pahang FC