Rancak ‘merempit’ sepanjang lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu P.Pinang


  • Tular
  • Rabu, 19 Jan 2022

SEKUMPULAN mat motor berkumpul di sepanjang tepi jalan sambil menyaksikan perlumbaan haram motosikal. — Facebook

JALAN raya ditengah malam rancak dengan aktiviti 'mat motor' yang merempit di lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

Kejadian itu dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Acai D Raja pada Rabu.

Acai turut menyertakan video aktiviti 'rempit' yang dikatakan berlangsung berhampiran kawasan Pantai Seagate.

Tulisnya, "Mat rempit berkumpul dan berlumba di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran kawasan Pantai Seagate, Pulau Pinang."

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan sekumpulan mat motor berkumpul di sepanjang tepi jalan sambil menyaksikan perlumbaan haram motosikal di jalan lurus melewati simpang T lampu isyarat menghala ke Balik Pulau.

Dapat dilihat dalam video tersebut, kemeriahan pesta rempit dengan mat motor berkumpul seolah keadaan seperti sebelum pandemik melanda.

Tambahan pula, pelumba-pelumbanya pula melakukan aksi-aksi merbahaya dan memandu laju di jalan raya berlampu isyarat.

Kelihatan juga ada di antara mereka (penonton) yang tidak mengenakan pelitup muka dan ini amat membimbangkan dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

Pihak Majoriti kini masih menunggu maklum balas daripada pemilik akaun untuk maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Rempit, pesta, lumba, pulau pinang, lebuh raya