Tragis! Mayat bayi cukup sifat dibuang di Flat Danau Kota, Setapak


  • 112
  • Sabtu, 08 Jan 2022

KEADAAN mayat bayi yang dijumpai di Flat Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu. — Ihsan PDRM

MAYAT bayi perempuan cukup sifat ditemukan beralaskan papan kayu di kawasan rumput di Flat Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam pada pukul 8.21 pagi.

"Hasil penemuan di tempat itu mendapati mayat yang dijumpai dipercayai berumur sehari, jantina perempuan dan bangsa tidak pasti," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

baby danau

KEADAAN mayat bayi yang dijumpai di Flat Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu. — Ihsan PDRM

Ashari berkata, tiada kecederaan ditemukan pada mayat bayi berkenaan yang kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit.

Ashari memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mayat, bayi, Wangsa Maju, polis, siasat