Saham Azam Baki, Bukit Aman sah terima laporan


  • 112
  • Sabtu, 08 Jan 2022

AZAM dilaporkan membenarkan adiknya, Nasir Baki menggunakan akaun beliau bagi urusan pembelian saham. — The Star

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau bagi urusan pembelian saham.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataannya malam Sabtu berkata, laporan berkenaan juga telah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Pada Rabu lepas, Azam menafikan tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat, serta menyifatkannya sebagai tohmahan yang berniat jahat.

Azam dilaporkan berkata, ia merupakan satu penipuan besar untuk memberi persepsi negatif terhadapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PDRM, Azam Baki, SPRM, Nasir Baki,