SELEPAS lebih dua minggu bencana banjir di beberapa negeri melanda, bekalan sayur-sayuran mula terjejas dengan harga beberapa jenis sayur naik lebih 40 peratus berikutan kerosakan tanaman dan ladang, selain kesukaran dalam proses pengagihan.
Tinjauan di George Town, Pulau Pinang menunjukkan kenaikan harga hanya menjejaskan bahan yang mudah rosak, manakala harga barangan runcit lain kekal stabil.